Novel: Cinta Ad & Far Bab 3
Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera "KAU tengok sekarang dah pukul berapa!?" Belum sempat kedua-dua kaki melangkah masuk, aku diterjah dengan suara lantang ibu. Muka bengis ibu menghiasi pandangan mata. Aku diam tidak berkutik. Penat yang aku rasa masih belum hilang. Cemuhan yang Adira dan rakan-rakannya lemparkan masih terngiang-ngiang di telinga. "Kau dengar tak apa aku cakap ni!?" Suara ibu naik seoktaf. "Dengar, ibu." "Pukul berapa sekarang ni!?" Pertanyaannya diulang kembali. "Pukul dua." Perlahan sahaja suaraku. “Tahu pun pukul dua! Dah tu, kenapa kau balik lambat hah!? Kau pergi merayap mana? Aku penat-penat cari duit, kau tahu nak enjoy sahaja, kan! Anak jenis apa kau ni…" Mata ibu mencerlung marah. "Tadi Addin pergi jumpa cikgu, ibu. Ada hal…" Ya Allah, ampunilah aku. Bukan niat aku hendak berbohong. Tapi, mana mungkin aku hendak beritahu ibu hal yang sebenar. "Mak kau ke cikgu k